Kita mulakan perjalanan

Dari manakah sebaiknya kita memasuki kawasan Daerah Jempol,  Negeri Sembilan.  Ada yang mengatakan dari bandar

Masjid ini menjadi hub aktiviti pembangunan Islam

Kuala Pilah,  dan ada juga yang mengatakan melalui Felda Keratong.

Dari mana pun kita masuk ke kawasan Daerah Jempol,  yang akan kita lihat di kiri kanan jalan ialah kawasan ladang kelapa sawit,  getah,  perkampongan tradisional,  sawah padi dan kebun buah-buahan.   Inilah pemandangan yang menemui kita,  iaitu selain dari satu pemandangan panoramik yang di belakangnya seolah-olah dipasang satu tirai yang menggambarkan keindahan alam … bukit bukau dan gunung-ganang yang menghijau biru … awan memutih dengan langit membiru …pohon-pohon yang subur menghijau.

Kalau kita dari arah Felda Keratong atau bandar Kuantan atau Segamat,  sampailah kita kesatu persimpangan dengan

Majlis Daerah Jempol memberi khidmat nasihat

lampu isyarat.  Di sebelah kanan nampaklah kita sebuah masjid yang indah,  iaitu seperti yang banyak terdapat di Asia Barat dan tidak jauh di belakangnya ialah Bandar Seri Jempol.  Bandar ini dulunya dikenali dengan nama Bandar Baru Serting,  dan sekarang dinamakan semula sebagai Bandar Seri Jempol.

Bandar comel ini teratur susunan barisan kedai-kedainya.  Tiada kesesakan lalu lintas,  dan tiada juga yang merempit.  Bandar ini ialah pusat pertadbiran Daerah Jempol sementara bandar Bahau,  kira-kira 8 kilometer darinya berfungsi sebagai pusat komersil kepada daerah ini.

Kedai-kedai di bandar ini dipenuhi dengan barangan berkualiti untuk penghuninya.

Di bandar ini terdapat pusat pertadbiran Felda Wilayah Raja Alias,  sebuah hospital daerah,  Pejabat Daerah dan Tanah,  pejabat Majlis Daerah Jempol,  ibupejabat Polis Daerah Jempol,  sebuah sekolah rendah dan juga sekolah menengah,  pejabat Pos,  pejabat Tenaga Nasional dan beberapa lagi pejabat agensi Kerajaan yang relevan dengan kehidupan masyarakat di sini.

Kalau dikirakan,  bandar ini memang sibuk dengan pelbagai aktiviti.  Di bandar ini juga terdapat beberapa taman selera

Bandar Seri Jempol dengan deretan kedai yang tersusun

untuk menjamu selera para pengunjungnya.

Jika ditanya apakah yang boleh menyebabkan kita berkata bahawa pembangunan telah pun tiba di bandar ini,  jawabnya ialah pada persekitarannya,  rumah-rumah moden yang didirikan di dalam kawasannya,  sikap para penghuni yang sentiasa senyum dan sedia membantu. berduyun-duyun murid sekolah yang berkejaran ke sekolah-sekolahnya untuk menimba ilmu pengetahuan,  dan beberapa aktiviti yang lain.

Dan banyak lagi mengenai Bandar Seri Jempol  akan kita paparkan dalam post yang akan datang.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: