Maksud dan Tujuan Kami

Untuk menentukan bahawa saudara tidak akan ketinggalan dan akan bersama memanfaatkan bahan dan maklumat yang dimuatkan di dalam lamanweb/blog ini,  maka kami menyediakan satu laman khas dalam Bahasa Melayu yang diberi tajuk  ‘SERTING – Di Sini Bermulanya’.

 Lamanweb/blog yang kami    wujudkan ini ialah untuk memaparkan senario dan program pembangunan  … minda dan fizikal yang dibawa kepada masyarakat,  terutama yang berada di desa,  dan juga negara,   sejak ianya mencapai kemerdekaan kira-kira lima dekad yang lalu.  Kita akan cuba tonjolkan program-program yang dilaksanakan,  sama ada oleh Kerajaan atau pun oleh anggota masyarakat sendiri,  yang bertujuan untuk menyediakan diri mereka menghadapi zaman mendatang dengan lebih bersedia lagi.

Kami rasa,  antara organisasi yang berfungsi secara langsung kearah ini ialah FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.  Maka itulah kami memilih   ‘SERTING – Di Sinilah Bermulanya’  sebagai tajuk lamanweb/blog ini.  Kami akan ‘gunakan’  senario Serting sebagai pintu gerbang yang membawa kita ke alam pembangunan minda dan fizikal masyarakat desa di negara ini.

Melalui lamanweb/blog ini kami akan paparkan dari satu kesatu masa kisah kehidupan masyarakat dalam wilayah ini,   seni budaya mereka,  keazaman,  ketabahan,  inisiatif dan semangat inovasi dan juang mereka,  yang pada akhirnya akan meletakkan mereka setaraf dengan lain-lain masyarakat maju global.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih dan selamat melayari lamanweb/blog kami,  semoga yang dibentangkan akan memberi manfaat dan faedah kepada kita bersama.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: